Monday, March 5, 2012

Saturday, March 3, 2012

Attraction Place : Genting Highlands



Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting (2000m di atas paras laut 3°24′6.51″U, 101°46′2.62″T) ialah puncak gunung yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia dan merupakan tempat peranginan yang terkenal di Malaysia. Merentasi sempadan negeri Pahang and Selangor, perjalanan ke Genting Highlands mengambil masa kira-kira sejam dengan kereta dari Kuala Lumpur ataupun melalui kereta kabel bergerak yang terpantas di dunia.Diusahakan oleh Tan Sri Lim Goh Tong.

Genting Highlands menikmati suhu yang sederhana sejuk, dengan suhunya tidak melebihi daripada 25°C dan sering menjunam ke bawah hingga 14°C secara tahunan.


Genting Highlands Resort kadang-kadang dikenali sebagai Las Vegas Malaysia kerana di sinilah didirikan satu-satunya kasino yang diniagakan secara sah di Malaysia.Genting Highlands Resort dibina oleh Tan Sri Lim Goh Tong Kasino ini dikendali oleh Kumpulan Genting. Kawasan percutian ini juga terdiri daripada beberapa hotel yang dimilik anak syarikat Genting, termasuk Genting Hotel, Highland Hotel, Resorts Hotel, Theme Park Hotel, Awana Genting dan First World Hotel. First World Hotel mempunyai sejumlah 6,118 bilik, menjadikannya hotel terbesar di dunia pada masa kini, mengatasi MGM Grand Las Vegas, bekas pemegang gelaran hotel terbesar di dunia dengan 6,118 bilik. Kemudahan-kemudahan lain dalam kawasan percutian ini termasuk taman tema, padang golf, pusat beli-belah, simulator terjun langit, dewan konsert dan banyak lagi. Genting Highlands Resort juga menempatkan hutan berusia 100 juta tahun.

Terdapat juga sistem berkomputer di luar First World Hotel yang boleh mengira secara automatik bilangan slot letak kereta kosong yang tinggal dalam keempat-empat hotel berikut: Genting Hotel, Highland Hotel, First World Hotel dan Resorts Hotel.

Untuk maklumat lanjut mengenai tiket dan hotel boleh klik sini


                                    
  Genting Highlands menerima banyak anugerah. Anugerah-anugerah tersebut termasuk:
  • World's Leading Casino Resort, World Travel Awards 2007
  • Best Resort, TTG Travel Awards 2007
  • The BrandLaureate Awards, The Best Brands In Leisure And Hospitality 2006 - 2007
  • Top 5 Most Valuable Brands, Malaysia's Most Valuable Brands 2007
  • The World's Largest Hotel, Guinness World Records 2006




Borang Pendaftaran Barangan Eletrik/Komputer

Borang Pendaftaran Barangan Eletrik/Komputer


Unit Kediaman Pelajar, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Daftar sini


PESTA KONVOKESYEN KE 6



    Sukacita dimaklumkan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin ,Perlis  akan mengadakan Pesta Konvokesyen  Ke 6 pada tarikh ,tempat dan masa seperti berikut sempena Majlis Konvokesyen Kali ke 6:

Tarikh  : 24-28 March 2012
Tempat: Persekitaran  Kawasan PTSS
Masa    : 8.00 pagi hingga 6.00 petang

Majlis Konvokesyen ke 6 akan disempurnakan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis .Turut berangkat DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis , DYTM Raja Muda Perlis dan DYTM Raja Puan Muda Perlis.

*Semua warga PTSS dan orang ramai diseluruh Malaysia  dijemput hadir . Antara aktiviti menarik yang diadakan ialah

  • Pertandingan Futsal ,
  • Pertandingan Memancing ,
  • Sukaneka,
  • Konvoi Motosikal & Basikal,
  • Temuduga Terbuka dari Industri, 
  • Pertandingan Karaoke,
  • Demontrasi Masakan,
  • Malam Penhayatan Islam 
  • dan lain-lain lagi aktiviti yang menarik.
  • Gerai-gerai jualan turut diadakan dalam pesta ini yang menjual pelbagai jenis barangan dan makanan.